Peperiksaan online Penolong Akauntan W27. Disini ada satu perkongsian ringkas bagi calon-calon yang akan menduduki peperiksaan online Penolong Akauntan W27 pada 21 Oktober 2015 di jam 10.00 AM hingga 12.25 PM. Perkongsian yang berbentuk contoh soalan peperiksaan online Penolong Akauntan W27 ini disediakan berdasarkan soalan-soalan yang lepas serta dari pengalaman dari calon terdahulu.
Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon
mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan
dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan
datang dari pelbagai latarbelakang. Oleh itu soalan-soalan yang
dikemukakan akan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.
Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran
calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan
Gred W27. Dengan adanya panduan ini, calon akan lebih yakin dengan
jenis soalan yang bakal dikemukakan berdasarkan soalan-soalan
peperiksaan yang terdahulu.
[Daftar Disini Untuk Dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27]
Sehubungan dengan itu pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengambil inisiatif membuat satu panduan peperiksaan Penolong Akauntan W27 untuk membantu calon agar dapat menjawab soalan peperiksaan bertulis dengan mudah berdasarkan contoh soalan yang diperolehi daripada peperiksaan dan pengalaman calon yang terdahulu.
Format peperiksaan sekarang, calon perlu lulus dengan cemerlang di setiap seksyen dalam ujian tersebut. Ini bermakna, jika calon gagal dalam mana-mana ujian di setiap seksyen, maka gagallah keseluruhan peperiksaan tersebut. Maka peluang untuk ditemuduga pasti tertutup.
Contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan
Secara amnya, peperiksaan online Penolong Akauntan W27 ini terbahagi kepada 2 seksyen iaitu :Seksyen A – Pengetahuan Am
Soalan : 50
Masa : 40 minit
Seksyen A adalah untuk menguji pengetahuan am menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dalam negara dan perkembangan semasa. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Antara contoh soalan yang diberikan adalah seperti berikut;
Contoh soalan :
1. Manakah antara berikut merupakan butiran aset dalam Kunci Kira-kira?
I Tunai
II Kenderaan
III Penghutang
IV Modal Kerja
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
Jawapan : C
Seksyen B – Daya Penyelesaian Masalah
Soalan : 40
Masa : 45 minit
Soalan yang dikemukakan di Seksyen B pula adalah bertujuan untuk menguji pemahaman pemikiran calon secara logical, matematikal dan minda kreatif serta cara menginterpretasikan data. Soalan yang diberikan lebih berbentuk kepada data dan perangkaan. Jadi pengetahuan penggunaan graf dan carta merupakan satu kelebihan.
Contoh soalan :
1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A 28
B 49
C 56
D 62
Jawapan : A
Teknik menjawab :
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap
pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan
perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 permainan.
Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk
mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah :
8 x 7 / 2 = 28
Bagaimana mendapatkan contoh soalan peperiksaan online Penolong Akauntan W27
Buat masa kini penjualan panduan dan contoh soalan terkini belum lagi dibuka oleh pihak kami. Walaubagaimanapun pihak kami akan memaklumkan kepada anda apabila tarikh jualan dibuka kelak. Kami mencadangkan anda melanggan menerusi link dibawah ini. Pihak kami akan menghantar maklumat terkini mengenai panduan tersebut terus ke email anda. Jadi yang terawal mendapatnya![Daftar Disini Untuk Dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27]
Sila like fanpage kami untuk update terkini;
[+] Like Fanpage - Panduan Peperiksaan Kerajaan
Comments
Post a Comment