Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Rujukan peperiksaan online Separa Perubatan : Contoh soalan

Rujukan peperiksaan online Separa Perubatan : Contoh soalan . Disini ada perkongsian bagi calon-calon iaitu rujukan peperiksaan online Separa Perubatan bagi mengisi kekosongan jawatan Separa Perubatan nanti. Rujukan peperiksaan online Separa Perubatan ini hanyalah sebagai panduan dan persediaan awal dan bukannya soalan bocor atau soalan ramalan. Info jawatan Separa Perubatan Sebelum itu disini ada sedikit info mengenai jawatan Separa Perubatan. Ianya merupakan bidang kerjaya yang ditawarkan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ia merupakan satu kerjaya yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Calon yang layak akan dipanggil ke sesi peperiksaan dan temuduga menerusi surat panggilan. Selain itu, semakan di portal SPA juga boleh dilakukan untuk melihat kelayakan. Dalam setahun, pengambilan Separa Perubatan akan diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai . Setiap calon yang m

Kerja sebagai Translator online

Kerja sebagai Translator online . Adakah anda boleh berbahasa dan menulis dalam bahasa asing? Jika YA, disini ada kerja sebagai Translator online yang boleh dilakukan secara part time atau full time. Masa bekerja adalah mengikut jadual anda sendiri, dari rumah anda sendiri atau dimana-mana sahaja dan mendapat bayaran dalam Ringgit dan US Dollar! Tugas utama sebagai seorang Translator Tugas utama seorang Translator online adalah menukar satu bahasa ke bahasa yang lain. Translator bekerja dengan bahan bertulis manakala bahasa pertuturan pula diterjemah oleh Jurubahasa. Sebagai seorang Translator, anda juga bertanggungjawab untuk memastikan kandungan dokumen disampaikan dalam maksud yang betul dan dapat difahami oleh pembaca. Ia bukan sekadar menterjemah perkataan tetapi juga keseluruhan ayat dengan betul. Cara memohon kerja sebagai Translator online Cara terbaik adalah menempatkan diri anda dalam senarai translator dengan syarikat dan agensi translator. Mereka akan agihk

Panduan lulus peperiksaan MUET

Panduan lulus peperiksaan MUET . Adakah anda calon peperiksaan MUET? Jika YA, disini ada perkongsian mengenai panduan lulus peperiksaan MUET . Untuk makluman, peperiksaan MUET ini mungkin salah satu perkara yang terpenting di dalam hidup anda. Ianya akan menentukan sama ada anda akan berjaya untuk menyambung pelajaran ke IPT atau tidak? Ia juga akan menjadi tanda penentu bahawa sama ada anda layak atau tidak untuk dinaikkan pangkat di tempat kerja anda. Pada tahun 2009, seramai 164,446 calon telah menduduki peperiksaan MUET, tetapi malangnya, hanya 12% sahaja yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang (Band 6). Bakinya, memperolehi keputusan yang biasa-biasa sahaja dan kurang memuaskan. Keputusan yang kurang memuaskan ini akan menyukarkan anda untuk memperolehi jurusan yang anda idamkan di Universiti. Keputusan untuk kenaikan pangkat di tempat kerja mungkin perlu dipertimbangkan semula oleh pihak atasan apabila melihat keputusan peperiksaan MUET anda yang