Skip to main content

Peperiksaan online Penolong Akauntan W27

Peperiksaan online Penolong Akauntan W27. Disini ada satu perkongsian ringkas bagi calon-calon yang akan menduduki peperiksaan online Penolong Akauntan W27 pada 21 Oktober 2015 di jam 10.00 AM hingga 12.25 PM. Perkongsian yang berbentuk contoh soalan peperiksaan online Penolong Akauntan W27 ini disediakan berdasarkan soalan-soalan yang lepas serta dari pengalaman dari calon terdahulu. 



Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan datang dari pelbagai latarbelakang. Oleh itu soalan-soalan yang dikemukakan akan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan Gred W27. Dengan adanya panduan ini, calon akan lebih yakin dengan jenis soalan yang bakal dikemukakan berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang terdahulu.


[Daftar Disini Untuk Dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27]

Sehubungan dengan itu pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengambil inisiatif membuat satu panduan peperiksaan Penolong Akauntan W27 untuk membantu calon agar dapat menjawab soalan peperiksaan bertulis dengan mudah berdasarkan contoh soalan yang diperolehi daripada peperiksaan dan pengalaman calon yang terdahulu.
Format peperiksaan sekarang, calon perlu lulus dengan cemerlang di setiap seksyen dalam ujian tersebut. Ini bermakna, jika calon gagal dalam mana-mana ujian di setiap seksyen, maka gagallah keseluruhan peperiksaan tersebut. Maka peluang untuk ditemuduga pasti tertutup.

Contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan

Secara amnya, peperiksaan online Penolong Akauntan W27 ini terbahagi kepada 2 seksyen iaitu :

Seksyen A – Pengetahuan Am
Soalan : 50
Masa : 40 minit

Seksyen A adalah untuk menguji pengetahuan am menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dalam negara dan perkembangan semasa. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Antara contoh soalan yang diberikan adalah seperti berikut;

Contoh soalan :

1. Manakah antara berikut merupakan butiran aset dalam Kunci Kira-kira?
I Tunai
II Kenderaan
III Penghutang
IV Modal Kerja

A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

Jawapan : C

Seksyen B – Daya Penyelesaian Masalah

Soalan : 40
Masa : 45 minit

Soalan yang dikemukakan di Seksyen B pula adalah bertujuan untuk menguji pemahaman pemikiran calon secara logical, matematikal dan minda kreatif serta cara menginterpretasikan data. Soalan yang diberikan lebih berbentuk kepada data dan perangkaan. Jadi pengetahuan penggunaan graf dan carta merupakan satu kelebihan.

Contoh soalan :

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A 28
B 49
C 56
D 62

Jawapan : A

Teknik menjawab :

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah :
8 x 7 / 2 = 28

Demikianlah antara contoh soalan peperiksaan online Penolong Akauntan W27 yang dapat dikongsikan buat calon diluar sana. Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik semasa peperiksaan ini. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27 adalah lebih baik. Semoga berjaya.

Bagaimana mendapatkan contoh soalan peperiksaan online Penolong Akauntan W27

Buat masa kini penjualan panduan dan contoh soalan terkini belum lagi dibuka oleh pihak kami. Walaubagaimanapun pihak kami akan memaklumkan kepada anda apabila tarikh jualan dibuka kelak. Kami mencadangkan anda melanggan menerusi link dibawah ini. Pihak kami akan menghantar maklumat terkini mengenai panduan tersebut terus ke email anda. Jadi yang terawal mendapatnya!

[Daftar Disini Untuk Dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27]

Sila like fanpage kami untuk update terkini;

[+] Like Fanpage - Panduan Peperiksaan Kerajaan

Comments

Popular posts from this blog

Panduan menulis resume kerja terbaik

Panduan menulis resume kerja terbaik . Disini ada perkongsian mengenai satu panduan berbentuk ebook bagi menulis resume kerja yang terbaik. Resume yang baik adalah permulaan positif bagi anda melangkah ke alam pekerjaan. Resume terbaik adalah ibarat keseluruhan maklumat mengenai anda sebagai pencari kerja dan memberikan anda peluang tinggi dipanggil temuduga nanti. Contoh menulis resume kerja terbaik Berikut adalah contoh resume yang baik dan tepat dimana anda perlu lakukan iaitu memastikan perkara-perkara penting seperti : Nama penuh anda yang betul. Objektif anda – apakah yang anda ingin capai sekiranya anda diambil bekerja. Alamat, nombor telefon dan email yang betul anda agar mudah untuk dihubungi. Kelebihan anda – kekuatan atau kelebihan anda yang boleh membantu meningkatkan prestasi bakal majikan anda. Latar belakang akademik anda – pencapaian akademik anda bermula dari peringkat SPM sehingga ke peringkat tertinggi. Pengalaman bekerja – pengalaman bekerja anda, ber

Kerja sebagai Translator online

Kerja sebagai Translator online . Adakah anda boleh berbahasa dan menulis dalam bahasa asing? Jika YA, disini ada kerja sebagai Translator online yang boleh dilakukan secara part time atau full time. Masa bekerja adalah mengikut jadual anda sendiri, dari rumah anda sendiri atau dimana-mana sahaja dan mendapat bayaran dalam Ringgit dan US Dollar! Tugas utama sebagai seorang Translator Tugas utama seorang Translator online adalah menukar satu bahasa ke bahasa yang lain. Translator bekerja dengan bahan bertulis manakala bahasa pertuturan pula diterjemah oleh Jurubahasa. Sebagai seorang Translator, anda juga bertanggungjawab untuk memastikan kandungan dokumen disampaikan dalam maksud yang betul dan dapat difahami oleh pembaca. Ia bukan sekadar menterjemah perkataan tetapi juga keseluruhan ayat dengan betul. Cara memohon kerja sebagai Translator online Cara terbaik adalah menempatkan diri anda dalam senarai translator dengan syarikat dan agensi translator. Mereka akan agihk

Tips lulus temuduga kerajaan

Tips lulus temuduga kerajaan . Setiap tahun jumlah calon yang ingin memohon kerja dengan kerajaan semakin meningkat. Ini menunjukkan jawatan didalam sektor kerajaan menjadi buruan ramai terutamanya lepasan graduan. Ini juga bermakna persaingan untuk mendapatkan jawatan kerajaan semakin sengit. Disinilah bergunanya tips atau panduan lulus temuduga kerajaan sebagai kelebihan untuk anda. Kini tiada lagi istilah ‘kabel besar’ dalam temuduga kerajaan. Punca-punca kegagalan temuduga kerajaan Sebenarnya ramai calon temuduga gagal dalam temuduga kerajaan ini. Antara punca-punca kegagalan temuduga kerajaan ialah : 90% peserta temuduga tidak bersedia atau sambil lewa menghadapi temuduga kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum menghadapinya. Kekurangan pengetahuan dan pendedahan tentang teknik menghadiri temuduga salah satu sebab mengapa graduan universiti atau kolej gagal dalam temuduga. Tidak bersedia dari segi komunikasi atau pertuturan adalah penyebab utama peserta temud